Akan Terbit DVD – Tunggu kemunculannya
Insyallah tunggu kemunculannya. Ada NM
HPA4ONLINE-Register Free thru Online
|
|
| fakrul77_own |
| Idwebtemplate.com |


Harga Pengguna
Assalamualaikum dan Salam Satu HPA
Ketika GM menulis ini berlakunya Gerhana Matahari, kita amat sekali disarankan solat sunat(ada pendapat mengatakan wajib) dan memohon keampunan dan keredhaan dari Allah swt. Pada hari ini juga GM berkongsi pengalaman dengan seorang sahabat karib dari Perlis mengenai nasib yang menimpa. Adakala GM merasakan suatu kesalan. Namun inilah kisah yang terjadi pada MrH yang mencuba nasib dalam sebuah MLM ternama(yang pasti bukan HPA) setelah di motivasi dengan semangat luar biasa menjadi jutawan luar biasa. Terpengaruh dengan kehebatan syarikat, maka Mr H mengambil keputusan untuk memasarkan Penapis Air(kini sedang ligat dalam iklan tv) seharga RM2ribu perunit. Mr H di asak untuk membeli sejumlah 10 unit dalam satu waktu dengan pelbagai janji.
Mr H terpaksa berhutang dengan bank kerana tiada simpanan peribadi. Kini Penapis Air tinggal penapis air. Upline pula meyarankan supaya mencari 6 mangsa untuk membeli sejumlah 10 penapis air. Mr H menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk menjual, lantas upline menyergah dengan mengatakan " Dunia MLM jual bukan suatu keutamaan.Cari sebanyak mangsa yang mungkin dan pastikan mereka keluarkan RM 20ribu".
Kini Mr H sedar bahawa dirinya sudah di tipu. Bukan sahaja Mr H yang di goda, malah ramai lagi kakitangan kerajaan, swasta maupun pak tani menjadi mangsa peniagaan MLM konvensional masa kini. Nasi sudah jadi bubur. Pinjaman bank terpaksa di jelaskan.
Hakikatnya Mr H merasakan beliau terpedaya. INILAH YANG DIKATAKAN "INVENTORI LOADING" ataupun LAMBAKAN STOK yang dilarang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalama AKTA JUALAN LANGSUNG 1993.
Apa yang GM kesalkan adalah kenapa hal ini dibiarkan berlaku dan kenapa Umat Islam masih mudah ditipu oleh hasutan fatamorgana nafsu untuk cepat kaya. Moga hal ini tidak berlaku dalam HPA.
Wassalam
umber dari: Blog GM
Perhatian! Blog ini bukanlah WEB Rasmi bagi HPA Industri Sdn Bhd.Blog ini adalah hakmilik persendirian/third party dalam mempromosi produk HPA. Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa menjauhinya, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya dan barangsiapa memasuki syubhah, ia telah memasuki keharaman, seperti halnya penggembala yang menggembala di sekitar batas (tanahnya), tidak lama ia akan jatuh ke dalamnya. Ingatlah bahwa setiap kepemilikan ada batasnya, dan ingatlah bahwa batas Allah ialah larangan-larangan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik seluruh tubuh akan baik, jika ia rusak maka seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah dialah hati." Muttafaq Alaihi.
INSYA-ALLAH, GEMPUR!!! RADIX
Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Cawangan Sg Petani: